DG-Georgetown

GPTD


Assalamualaikum w.b.t
DG-Georgetown, Pulau Pinang


Laman web rasmi GPTD
gptd.blogspot.com


Entri Pengenalan Misi Aktiviti Galeri


Entri lepas





Laporan Bersiri DG-Georgetown: Siri 3
Assalamualaikum w.b.t


Tarikh: 18 Rejab 1435H, 2014.
DG: Siri 3.
Tempat: Taman Tun Sardon.
Kehadiran: 8/14


Alhamdulillahi taala, DG Siri 3 telah diadakan dengan penuh pengisian yang bermanfaat. Berikut adalah pengisian diskusi grup tersebut :-

 Perbincangan tentang Surah an-Naba' (Ayat 1-10)
 Tetapkan tarikh dan waktu untuk aktiviti mengemas/ membersihkan masjid
 Bincangkan tempat untuk latihan kelas renang
 Aktiviti: Makan dalam talam
 Tetapkan tarikh untuk perjumpaan seterusnya (7 Jun 2014)
 Membincangkan perihal bedah filem Laskar Pelangi untuk perjumpaan seterusnya
 Bercadang untuk menganjurkan program renang untuk mendapatkan income untuk digunakan dalam aktiviti renang


PENGISIAN TAFSIR AN-NABA' (AYAT 1-10)


Surah an-Naba'


AYAT PERTAMA
Tentang apakah mereka saling bertanya ? Pertanyaan dalam ayat pertama ditujukan kepada mereka yang mengingkari kebenaran, yakni kaum Kafir. Kaum Kafir tidak mahu mempercayai kebenaran makna tauhid dan menganggap kehidupan dunia ini adalah satu-satunya kehidupan. Mereka tidak mempercayai kehidupan akhirat (kehidupan setelah itu) yakni selepas peristiwa besar, Kiamat.

AYAT KEDUA
Tentang berita yang besar. Naba' beerti berita atau perkhabaran, berita besar yang ditanyakan oleh kaum Kafir iaitu tentang akhir penciptaan. Mereka tidak mempercayai Hari Keadilan itu pasti dan menyangka bahawa mereka dapat melepaskan diri daripada kesengsaraan dan kekacauan kiamat.

AYAT KETIGA
Yang dalam hal itu mereka berselisih. Kaum Kafir yang tidak mempercayai tentang kebenaran Kiamat, dan mereka berselisih pendapat antara satu sama lain mengenainya. 

AYAT KEEMPAT
Tidak, mereka akan segera mengetahui. 

AYAT KELIMA
Sekali-kali tidak, mereka akan segera mengetahui. Ayat kelima dan keenam menunjukkan satu teguran positif kepada orang-orang yang mempertikaikan perkara tersebut. Setiap orang akan menghadapi kematian dan akan dibangkitkan semula pada Hari Kiamat nanti. 

AYAT KEENAM
Bukankah Kami jadikan bumi satu hamparan yang luas. 

AYAT KETUJUH
Dan gunung-gunung sebagai pasak. 

AYAT KELAPAN
Dan Kami telah jadikan kamu berpasang-pasangan.

AYAT KESEMBILAN
Dan Kami jadikan tidurmu sebagai istirahat.

AYAT KESEPULUH
Dan Kami jadikan malam sebagai penutup. Ayat 6-10 menunjukkan bukti dari kesempurnaan Allah dalam menciptakan semesta alam dan sekalian makhlukNya. Dan Allah jadikan setiap makhlukNya berpasang-pasangan yakni lelaki dan perempuan, baik dan jahat dan sebagainya.


Wallahualam. 

Berminat untuk menyertai Misi ke Laos ?
Hubungi Hdariyani di talian +60138691527
Atau
Email ke dg.georgetwn@gmail.com



Older Post | Newer Post