DG-Georgetown

GPTD


Assalamualaikum w.b.t
DG-Georgetown, Pulau Pinang


Laman web rasmi GPTD
gptd.blogspot.com


Entri Pengenalan Misi Aktiviti Galeri


Entri lepas





Laporan Bersiri DG-Georgetown: Siri 2
Assalamualaikum w.b.t


Tarikh: 11 Rejab 1435H, 2014.
DG: Siri 2.
Tempat: Kedai makan.
Kehadiran: 9/14

Alhamdulillahi taala, DG Siri 2 telah diadakan dengan penuh pengisian yang bermanfaat. Berikut adalah pengisian diskusi grup tersebut :-

 Penerangan tentatif DG (cadangan dua minggu sekali)
 Lokasi DG yang strategik 
 Taaruf sesi ke-2
 Perbincangan mengenai Surah al-Fatihah daripada Tafsir al-Azhar sebagai rujukan dan buku Samudera al-Fatihah
 Menentukan tarikh dan hari perjumpaan DG seterusnya
 Perbincangan surah dalam DG seterusnya: Surah an-Naba'
 Perbincangan aktiviti seterusnya: Berenang, bersihkan masjid, misi dalam dan luar negara


PENGISIAN TAFSIR AL-FATIHAH (AYAT 1-7)

Surah al-Fatihah


AYAT PERTAMA
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Kita disuruh membaca basmalah (ayat pertama daripada surah tersebut) sebelum memulakan sesuatu pekerjaan, supaya kita sentiasa mengingati Allah s.w.t. Hal ini jelas demikian kerana, surah al-Fatihah merupakan ummul kitab.

AYAT KEDUA
Segala puji-pujian hanya hanya untuk Allah yakni Pemelihara semesta alam. Sesungguhnya Dialah yang menjadikan langit dan bumi dan pencipta sekalian makhluk. Maka, hanya kepada-Nyalah kita wajib menyembah dan bersujud.

AYAT KETIGA
Yang Maha Pemurah, Yang Maha Penyayang. Ar-Rahman jelas menunjukkan betapa pemurahnya Allah kepada hamba-hambaNya. Dia sebagai Rabb, sentiasa pemurah dengan kurniaan dan nikmat kepada makhluk ciptaanNya. Secara zahirnya, Ar-Rahim menjelaskan bahawa Allah amat menyayangi seluruh makhluk ciptaanNya, maka diturunkan segala rahmat buat semesta alam. 

AYAT KEEMPAT
Yang Menguasai Hari Pembalasan. Allah, Dialah Raja, yang mempunyai kuasa terhadap Hari Kiamat. Pada Hari Pembalasan, Dialah penentu hala tuju mahupun pembalasan setiap hambaNya. Tiada seorang pun hamba mahupun manusia yang dapat menentang kuasa Allah s.w.t.

AYAT KELIMA
Engkaulah yang kami sembah dan Engkaulah tempat kami memohon pertolongan. Demi setiap pekerjaan yang dilakukan oleh manusia mahupun hambaNya yang lain, hanya Allah yang mampu memberikan pertolongan kerana Dialah Yang Maha Penolong. Malah, Allah juga Pelindung sekalian makhluk.

AYAT KEENAM
Tunjukilah kami jalan yang lurus. Hamba-hambaNya memohon kepada Allah agar ditunjukkan jalan yang lurus, iaitu jalan orang-orang yang beriman. Di saat Hari Pembalasan tiba, pasti mudah jalan yang bakal ditempuh oleh orang-orang yang beriman tetapi berliku-likulah bagi mereka yang sesat.

AYAT KETUJUH
Iaitu jalan orang-orang yang telah Engkau berikan nikmat kepada mereka dan bukanlah jalan orang-orang sesat. Ayat ketujuh jelas menunjukkan bahawa setiap amalan dan perilaku kita akan dibalas sama ada secara cash atau di akhirat kelak. Maka, setiap pekerjaan haruslah kerana lillahi taala kerana balasan yang akan diterima hanya Allah yang tahu. 



Wallahualam.

Berminat untuk menyertai Misi ke Laos ?
Hubungi Hdariyani di talian +60138691527
Atau
Email ke dg.georgetwn@gmail.com


Older Post | Newer Post