DG-Georgetown

GPTD


Assalamualaikum w.b.t
DG-Georgetown, Pulau Pinang


Laman web rasmi GPTD
gptd.blogspot.com


Entri Pengenalan Misi Aktiviti Galeri


Entri lepas





Islam di Vientiane, Laos: Satu Tinjauan Awal
Assalamualaikum w.b.t


Ahli DG-Georgetown akan mengadakan satu misi ke Vientiane, Laos (Insyaallah) pada 26 Mei 2016 - 2 Jun 2016. Untuk memudahkan perancangan dan urusan, kami telah membuat satu tinjauan awal berdasarkan carian di internet. Setelah mencari dan melayari beberapa blog dan laman web mengenai Vientiane, akhirnya kami dapat mengumpul beberapa maklumat dan informasi tentang Islam di Laos. 





Peta Laos


Oleh kerana misi kali ini bertemakan pendidikan, maka kami telah merancang dan menyediakan beberapa modul pendidikan khas untuk masyarakat Islam di Laos. Fokus kami adalah terhadap petempatan minoriti masyrakat Islam di Laos, iaitu di dua buah masjid di Laos, Masjid Azhar dan Masjid Jamia. Masjid Jamia terletak di tengah bandaraya manakala Masjid Azhar pula terletak kira-kira 4km dari pusat bandar. 



Masjid Jamia, adalah masjid yang dibina oleh Muslim Tamil dan Pakhtuns yang terletak di tengah-tengah bandar Vientiane. Bangunan masjid ini amat mirip dengan masjid yang berada di India. 



Vientiane Jamia Masjid
Ban Xengyen near the Fountain (Namphu)
Downtown District Chanthaburi Vientiane
Lao People's Democratic Republic 

Phone: +8562055613302
Email: alilao3320@yahoo.com
Imam masjid: Imam Maulana Nazimul Islam (020-5528-576)












Masjid Azhar adalah masjid yang dibina oleh Muslim yang berasal dari Kemboja. Masjid ini terletak di District Chanthaburi, kira-kira 4km dari bandar Vientiane. Bangunan masjid yang sederhana ini dilengkapi dengan madrasah untuk mengajar anak-anak tentang agama Islam. 


Masjid Azhar
Banphon Sawattay
Chanthabuly District
P.O. Box 5062
Vientiane
People Democratic Republic of Laos

+856 2022 636666
+856 2055 662935



Daripada populasi masyarakat Laos, hanya 0.01% terdiri daripada masyarakat Muslim. iaitu sekitar 800-1000 orang daripada majoriti masyarakat yang menganut agama Buddha, orang Muslim daripadanya adalah masyarakat asli Laos.

Sejarah Islam bermula apabila Islam  masuk ke Laos pada sekitar abad ke-18. Orang pertama yang membawa masuk Islam ke Laos adalah orang-orang Tamil dari selatan India. Mereka masuk untuk bekerja sebagai penjaga dan buruh. Juga ada di antara bereka yang berdagang dengan barangan yang mereka import daripada China, Vietnam dan Thailand. Selain daripada Vientiane, mereka turut menyebarkan Islam di daerah lain iaitu Luang Prabang, Pakse dan Savannakhet.

Islam juga dibawa masuk oleh Muslim dari Pakistan yang bekerja untuk Pasukan Inggeris di Myanmar pada masa peperangan dunia pertama. Selain itu, pedagang Cina dari Yunan turut menyumbang kepada perkembangan Islam di Laos pada ketika itu. 

Pada pertengahan tahun 1960-an, hampir semua populasi Muslim di Laos berasal daripada Asia Selatan berjumlah kira-kira 7000 orang. Namun, setelah Laos mengalami peperangan, mereka dikatakan telah berpindah ke tempat lain. Hanya masyarakat Muslim Tamil sahaja yang tidak berhijrah kerana kekurangan wang untuk berpindah.

1980 adalah tahun bagi penduduk Muslim Champa dari kemboja membanjiri Laos. Pada asalnya, mereka telah masuk ke Laos pada 50 tahun sebelumnya lagi. Kebanyakan warga Kemboja menjual ubat-ubatann di Vientiane. Sehingga kini, sekitar 200 orang Muslim berasal dari Kemboja tinggal di Vientiane, Laos.

Kini, perkembangan Islam di Laos tidak dapat berkembang maju kerana tiada seorang pun yang berinisiatif memproduksi literatur Islam, seperti kata Imam Masjid Azhar di Vientiane. Muhammad Vina bin Ahmad Imam. Untuk lebih mendalami Islam, umat Islam di sana hanya memiliki sedikit sahaja bahan bacaan Islam dan al-Qur'an yang diterjemahkan dalam bahasa Thailand. Meskipun bahasa Thailand sering digunakan oleh masyarakat Laos, namun keadaan ini dikhuatiri tidak dapat menarik minat mereka untuk lebih mendalami Islam.
****************


Setelah membaca artikel-artikel yang terdapat di internet. Kami mencari maklumat berkenaan dengan Vientiane di youtube. Setelah itu, maklumat berkenaan dengan Vientiane ini kami peroleh daripada tv1 dan rancangan di Indonesia. Setelah itu, maklumat baharu yang diperoleh adalah, di bandar Vientiane terdapat pasar pagi yang memuatkan sebuah surau. Menurut pengacara dari Indonesia yang mewawancara peniaga di situ. terdapat kira-kira 20 orang Muslim yang berniaga di pasar pagi tersebut. Ada di antara mereka yang boleh berbahasa Inggeris.







Bukan hanya masjid, umat Islam juga banyak membuka restoran di Vientiane. Antaranya ialah, 





Restoran Fathima, berhampiran Sungai Mekong





Restoran Nazim





Restoran Noor Halal Indian




Walaupun makanan halal dijual di semua restoran ini namun, kedai ini juga menyediakan Lao beer kepada orang bukan Muslim dan pelancong Eropah. 

Setakat ini sahaja penelitian berkenaan dengan Vientiane pada tinjauan awal. Akan bersambung kemudian inshaAllah.


by: dg.gtwn@penang
20160326
11:40pm
Penang




sumber:

http://bujangmasjid.blogspot.com/
http://may2sdiary.wordpress.com/
http://www.youtube.com/watch?v=UGSLcmsBi98
http://ranjaudunia.blogspot.com/
http://masjidazharlaos.blogspot.com/
http://gijale.wordpress.com/
http://roytravelog.blogspot.com/




Berminat untuk menyertai Misi ke Laos ?
Hubungi Hdariyani di talian +60138691527

Atau

Email ke dg.georgetwn@gmail.com


| Newer Post